$value){ if (!is_array($value)){ $message .= "\n".$key." : ".$value; } else{ foreach ($_POST[$key] as $itemvalue){ $message .= "\n".$key." : ".$itemvalue; } } } mail($mailto, $subject, stripslashes($message), $header); ?> Bicara Hati
 
Zai's Beauty Formula Rahsia Kecantikan Warisan DiRaja
Wanita ibarat sebiji buah. Buah yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi karena ia berguguran di atas tanah. Tetapi buah yang tak mampu dibeli (berkualiti tinggi) berada di atas puncak, susah untuk dipetik dan dicapai.

Tetapi kadangkala, ada buah yang risau; "Kenapalah diriku belum dipetik?". Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikannya begitu tinggi martabatnya sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar benar hebat saja yang mampu (beriman & bertaqwa).

Mungkin bukan didunia, tetapi diakhirat? Biarlah Jodoh bukan di dunia asalkan cinta Agung Allah swt. mengiringi sepanjang hayat.

Ruangan Bicara Hati merupakan ruangan khas yang berbincang tentang persoalan yang mendambar hati kaum wanita. Semuga dengan meneliti penghidupan orang lain akan memberi kita penghayatan tentang masaalah yang sedang atau akan menimpa diri kita. Mungkin juga dapat kita mengelakkan diri dari dibelenggu permasaalahan yang sama.
Jika anda mempunyai masaalah yang hendak dikongsi bersama, silalah tuliskan masaalah anda diruangan yang disedikan dan hantar kepada kami. Insyallah kami akan berusaha untuk menjawabnya dan berkongsi idea.
     BICARA HATI
Wanita
Ingin Mengenali Kesetiaan SiDia Melalui Tarikh Lahir?
Mengenali Kesetiaan Melalui Tarikh Lahir

Tarikh Lahir Dikatakan dapat menunjukkan tingkat kesetian seseorang. Wallahualam , Seorang teman mempunyai kekasih hati berbintang Taurus yang dikatakan banyak sifat negatif dalam percintaan, ternyata adalah orang yang paling setia .. sedangkan orang Pisces yang konon romantis, ternyata banyak kelemahannya. Mungkin tak boleh sahaja kita menilai bulat bulat kesetiaan seseorang dengan tarikh lahirnya tetapi perlu merisik, latarbelakangya, familinya, penghidupannya secara menyeluruh. Kita mesti sentiasa ingat, Manusia dikurniakan "akal" jadi yang lebih penting ialah bagaimana akal mengawal "nafsu"? Walaubagaimanapun pengetahuan mengenai Zodiak agak penting kerana ianya memberi garis kasar tentang peribadi seseorang.

* TAURUS (21 April - 20 Mei)
Kesetiaannya luar biasa dan paling dapat dipertanggungjawabkan. Bagi beberapa zodiac tertentu, Taurus kadangkala dianggap mempunyai karaktor yang agak membosankan dalam hubungan interaksi karena suka ikut  hati sendiri tanpa menerima pandangan pasangan atau paling tidak dianggap keras kepala.




* SAGITARIUS (23 November - 22 Desember)
Mudah tergoda untuk bermain cinta. Karakter dasar yang begitu mahu mencuba atau extrovert maka mudah tergoda untuk hal-hal yang "baru", begitu pula dalam hubungan. Bagi beberapa pasangan dari zodiac tertentu, Sagitarius adalah begitu bertenaga dan suka akan aktiviti luaran.

* ARIES (21 Maret - 20 April)
Perlu dipantau agar kehangatann gairah tidak berlebihan yang memungkinkannya mengadakan hubungan asmara dengan oranglain. Semangat dan kegairahan mahu mencuba dalam diri membuatnya selalu berkobar untuk ber "petualang" dalam segala hal. Bagi beberapa zodiac tertentu, Aries adalah personaliti yang hangat dalam hubungan interaksi.

* LEO (23 July - 22 Ogos)
Kesetiaannya diliputi ego yang tinggi. Egonya yang tinggi menjadikan dalam perhubungan, ia sangat rela mengalah dalam banyak hal. Bagi beberapa zodiac tertentu, Leo adalah personaliti yang "menawan."

* SCORPIO (23 Oktober - 22 November)
Tak akan membiarkan setiap godaan terlepas begitu saja. Godaan baginya bererti perhatian yang disukainya dan jarang diabaikannya. Scorpio mudah menjadi popular sebagai pencinta ulung. Bagi beberapa zodiac tertentu, Scorpio menunjukkan secara terbuka cintanya

* PISCES (20 Februari - 20 Mac)
Awas, pemain cinta yang mengaku setia. Demikian sifatnya kerana romantis dia… bermain cinta untuk mengujudkan suasana indah dalam penghidupanya. Bagi beberapa zodiac tertentu, Pisces agak melemaskan kerana sentiasa keraguan dalam cinta dan nudah tergoda kerana tahap romantisnya terlalu tinggi. 
* AQUARIUS (21 Januari - 19 Februari)
Tidak suka bermain kayu tiga, tapi menghindari komitmen yang terlalu melibatkan emosi yang mendalam. Aquarius lebih cenderung menggunakan akal dan bertindak tegas. Bagi beberapa zodiac tertentu, pemikirannya agak radikal dan berlainan jadi kemungkinan tidak bereapa sesuai dengan pasangnya yang tidak dapat menerima pemikiran berlainan. Jika dia bermula main kayu tiga bermakna itulah caranya untuk mengakhiri perhubungan dengan pasangan yang tidak mampu mengikuti pola pemikirannya.

* LIBRA (23 September - 22 Oktober)
Paling sukar menentukan pilihan dan mengalami kesulitan dalam memahami diri sendiri. Karena kerap berfikir tentang kebaikan dan keburukan mengenai segala sesuatu, bagi beberapa pasangan berbintang lain, Libra kadangkala didapati penuh berahsia dan sukar difahami.

* GEMINI (21 Mei - 20 Juni)
Harus dimanja dan diberi perhatian agar tidak bermain kayu tiga.  Selalu ingin dimanja dan diberi perhatian oleh pasangannya. Bagi beberapa zodiac tertentu, Gemini adalah tidak begitu bertanggungjawab dan mudah berubah fikiran dan selera.
* CANCER (21 Juni - 22 Juli)
Merupakan pasangan yang setia, selalu ingin menjaga kebahagian pasangannya. Sensitvitinya tinggi, membuatnya sangat berhati-hati untuk tidak dilukai dan melukai. Orang berbintang  Cancer agak suka menyendiri dan sukar intim atau merapatkan diri dengan orang lain. Ini membuatnya kurang pupular kerana mengambil masa untuk berinteraksi dengannya.

* VIRGO (23 Agustus - 22 September)
Sangat berhati-hati memilih pasangan. Apabila sekli terluka atau mengalami kesukaran dalam percintaan tidak mudah untuk bercinta atau mempercayai lagi. Ornagnya agak teliti dan boleh jadi cerewet, itulah sebabnya dia terlalu memberi perhatian tentang hal hal remeh temeh pada diri pasangannya. Ini menjadikan orang Virgo agak sukar dalam perhubungannya kerana mudah menyinggung perasaan pasangan dengan sikap terlalu pengkritik.

* CAPRICORN (23 Desember - 20 Januari)
Pemikiran agak begitu tertumpu pada rancangan atau cita citanya sehingga dalam soal percintaanpun begitu memikirkan kepentingan dan adakah pasangan itu dapat menjayakan rancangannya. Ini bermakna orang ini tidak begitu emosi, yang penting sesuatu itu menurut perancannya. Capricorn akan hanya bermain kayu tiga sebagai seronok seronk sekadar mengisi kekosongan....hati hati jangan anda menjadi sekadar pengisi waktu lapangnya sahaja.
Soalan 2:
Saya sebenarnya kerap tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa dan mengapa rambut saya begitu cepat beruban. Walhal, saya baru berumur belasan tahun. Terutamanya bila saya tidak bertudung  pastinya kawan-kawan saya mengkritik rambut saya. Ini membuat saya kadang-kadang rasa rendah diri dan malu pada diri sendiri.

JWPN: Saya faham akan perasaan saudari itu. Namun, sebenarnya saudari tidak perlu merasa malu dengan kekurangan yang ada pada diri saudari. Ini kerana bukan semua manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna, kalau semuanya sempurna, jadilah kita sebagai tuhan........ Saudari sendiri tahu hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna segala-galanya. Saudari sepatutnya bersyukur kerana hanya mengalami masalah rambut beruban sahaja, bukan seperti orang lain yang mengalami kecacatan anggota badan. Orang yang kurang upaya ini pun berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri. Saudari pun boleh melihat kejayaan yang mereka telah kecapi (sebagai atlit, pelukis dsb), walaupun dicaci dan sentiasa dipandang rendah oleh orang lain sebelum ini. Saya harap atas nasihat yang diberikan ini, akan meningkatkan lagi motivasi diri dan keyakinan saudari untuk terus maju ke hadapan. Buangkan rasa rendah diri dalam diri saudari kerana ia akan hanya menyebabkan saudari mundur dan kecundang di tengah jalan. Jadi, saudari perlulah menjauhkan diri dari kawan-kawan yang sentiasa mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan kerana seorang kawan yang baik tidak akan menyakiti hati kawannya sendiri.
Seperkara lagi, saudari masih muda, tidak sepatutnya berputus asa, malah masih tidak terlewat untuk saudari mencari jalan penyelesaiannya. Jika diikutkan banyak sebab kenapa masalah itu terjadi pada saudari, antaranya ialah keturunan, hormon, penyakit, produk dandanan rambut dan sebagainya. Justeru, apa yang boleh dibuat ialah berjumpalah dengan doktor perubatan yang bertauliah terlebih dahulu untuk memastikan saudari tidak menghidap sebarang penyakit. Tetapi, dinasihatkan juga, jangan mudah terpedaya untuk mencuba pelbagai ubat atau produk yang pelbagai di pasaran untuk merawat masalah saudari itu kerana dikhuatiri masalah saudari akan bertambah teruk. Jika telah disahkan tiada sebarang penyakit, datanglah ke mana-mana Salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan masalah rambut saudari itu.

Di harap, selepas ini saudari lebih berfikiran positif. Ingat, pedulikan kata-kata yang boleh menyakitkan hati saudari. Rambut putih ke, perang ke, malah kalau hitam sekalipun, yang penting diri kita mestilah sihat! Dan ingatlah, kecantikan bukan diukur dari warna rambut, tapi dari hati budi yang luhur dan berperwatakan mulia.   

Soalan 1:
Umur saya kini menjangkau 21 tahun, kata orang telah mencapai kunci kebebasan tapi malangnya masalah keluarga melanda diri saya. Saya tinggal serumah dengan kakak yang sudah berumahtangga, masalahnya sekarang ini ialah suami kakak sering meluahkan perasannya kepada saya yang dia sudah jatuh cinta kepada saya, sudah puas saya cuba mengelakkan diri dan cuba untuk menjelaskan pada keluarga tapi tiada siapa yang mahu percaya cerita saya. Bagaimana harus selesaikannya?

JWPN: Daripada apa yang saudari ceritakan, saya percaya saudari seorang adik yang bertanggung jawab...kalau tak masakan saudari begitu mengambil berat akan hal ini, cuma yalah...sayangnya apa jua tindakan yang telah saudari lakukan masih tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan.
Memang sukar jika berada dalam situasi begini. Tapi sebenarnya tidak salah kalau saya katakan masalah ini terjadi kerana diri saudari sendiri juga - cuba fikir kenapa abang ipar saudari sering cuba mendekatkan diri kepada saudari? Jawapannya, saudari sendiri tidak bertegas berterus terang dengannya, sebaliknya saudari hanya mengelakkan diri sahaja. Cuba kalau awal-awal lagi saudari rasa tidak kena, patut saudari berterus-terang dengan tegas, pasti abang ipar akan merasa malu dan tidak mengganggu saudari lagi.
Jadi sekarang, apa yang boleh dilakukan ialah berpindah keluar dari rumah berkenaan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang salah sangka atau fitnah atau sebarang perkara buruk berlaku. Tidak perlu gunakan cara kekerasan tetapi cubalah memberi alasan yang munasabah supaya kakak dan keluarga memahami masalah yang saudari hadapi.

Sekiranya selepas berpindah, abang ipar masih mengganggu, saudari perlu bertegas. Dan bukan itu sahaja, nasihati dia bahawa sebagai suami kepada kakak sepatutnya dia menjadi suami yang bukan sahaja harus setia pada rumahtangga malah paling penting, patut bertanggungjawab dan menjadi contoh ketua keluarga yang baik. Nasihat yang diberikan hendaklah diucapkan dengan tegas, moga-moga abang ipar saudari akan merasa malu dan seterusnya sedar akan kesilapannya. Tidak lupa juga saudari haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan  Allah S.W.T  dan moga-moga setiap masalah yang saudari lalui akan dipermudahkan. Bukankah Allah itu Maha Adil? - baik perbuatan kita, maka baiklah jadinya, tapi kalau buruk perbuatan kita, padahlah akibatnya.
Mahu Belajar Mengenali Lelaki Untuk Kebahagiaan Perhubungan ?
Dalam persahabatan, persahabatan dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan orang perempuan. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih terusterang dalam persahabatan atau lebih jujur dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan intim bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menembusi hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang perlu anda ambil perhatian dan lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling cantik di dunia. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya
Soalan 3 :
Usia perkahwinan saya sudah masuk tahun yang ke-8 tapi harapan untuk mendapat zuriat masih lagi tinggal impian sahaja. Saya sangat runsing kalau-kalau suami berjauh hati dan mencari perempuan lain atas alasan saya mandul kerana suami sangat-sangat inginkan zuriat, banyak usaha yang saya lakukan hingga kini belum berhasil. Bagaimanakah jalan penyelesaian bagi masalah saya ini?

JWPN:  Zuriat adalah pemberian Allah s.w.t., ada pasangan yang tak sampai setahun dah dapat zuriat, ada juga yang 5 tahun lebih baru dikurniakan zuriat, dan ada juga yang sampai usia tua pun masih tidak dikurniakan zuriat. Ini semua adalah ketentuan-Nya, setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Pun begitu, bukanlah maksudnya kita hanya berserah semata-mata pada Allah s.w.t, tapi sebagai hambanya di muka bumi ini, haruslah kita melakukan sesuatu untuk mengubah nasib kita. Bukankah Allah itu Maha Pengasih & Belas Kasihan? Moga-moga dengan usaha kita, mendapat belas daripada-Nya dan termakbullah segala yang dihajati. Berhubung siapa mandul, tidak sepatutnya menjadi isu - puan dan suami hendaklah menjalani pemeriksaan Doktor Pakar untuk mengetahui punca dan dapatkanlah khidmat nasihat yang sepatutnya.

Pun begitu, walaupun puan dan suami lambat mendapat zuriat, bukanlah bermakna hidup puan tidak lengkap dan tidak sempurna. Sebenarnya, tak semestinya jika ada anak kita dapat jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dengan sempurna. Anak itu adalah amanah Allah s.w.t, dan besar tanggungjawabnya sebagai ibu bapa ni.

Justeru, pandanglah hidup ini secara positif. Masa inilah puan boleh melihat sejauh mana kesetiaan suami terhadap puan. Jika puan takut suami berubah hati, jadilah teman yang terbaik untuknya supaya apa-apa masalah yang suami puan hadapi dia mudah berterus-terang dengan puan dan tidak mencari sahabat di luar. Selain itu, perkemaskan diri, jadilah isteri yang pandai mengambil hati suami, pastikan suasana rumah itu adalah tempat yang paling selesa dan menenangkan buat puan dan suami, dan jagalah makan minumnya dengan baik. Jika ini semua ada, Insya-Allah suami puan akan terus setia terhadap puan. Turut disyorkan agar puan datang ke salon Zai's Beauty Formula di mana puan boleh mencuba perawatan Bintang Kejora dan Sri Nur Cahaya yang berdasarkan Ilmu Falak DiRaja. Keistimewaan perawatan ini ialah untuk seri diri di mana untuk eratkan kasih sayang, untuk kerjaya, untuk keharmonian dan sebagainya. Keterangan lanjut boleh diketahui bila puan ke sana nanti.

Insya-Allah dengan segala usaha, moga-moga puan mendapat apa yang dihajati.  
1.  Semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan. Jaga Penampilan Diri, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.

6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.
Tips Untuk Kekal Dalam Percintaan
Soalan 4:
Saya rasa tertekan, sebab kena ikut kemahuan dan pilihan ayah.... saya memang nak sambung belajar tapi ayah suruh ambil bidang perubatan sedangkan saya lebih berminat dalam bidang akauntan, walaupun dah terangkan pada ayah, ayah tetap membantah..ayah cakap kena ikut jejak 2 orang kakak saya yang ambil dalam bidang sama. Apa yang perlu saya lakukan?

JWPN: Sebagai anak memanglah kita harus menghormati dan menjaga hati ke dua ibu bapa kita. Pun begitu, tidak bermakna segala kemahuan ibu bapa yang bertentangan dengan kemahuan atau minat kita, harus dituruti. Seperti masalah yang dialami oleh saudari, terbaik ialah dengan berbincang dengan baik, pasti ibu bapa akan memahami.



Apalah guna mengikut sahaja kemahuan ibu bapa sedangkan hati tidak berminat untuk belajar di dalam bidang berkenaan, yang mana akibatnya saudari tidak dapat menumpukan perhatian dan akhirnya gagal. Bukankah itu sesuatu yang hanya merugikan? - rugi masa dan rugi dari segi kewangan. Lagipun, bukankah kerjaya akauntan itu merupakan kerjaya profesional, sama seperti kerjaya seorang doktor? Untuk terangkan semua ini, saudari boleh luahkan pada ibu atau melalui seseorang yang ayah hormati seperti bapa saudara misalnya di mana dengan bantuan mereka untuk menjelaskan keadaan, moga-moga ayah saudari akan memahami.

Saudari perlu faham, orang muda bercakap dengan orang tua tidak sama dengan orang tua bercakap dengan orang tua. Mungkin pada ayah saudari, saudari masih mentah untuk menentukan hala tuju hidup saudari. Ingat, janganlah pula kerana hendak mendapatkan apa kemahuan saudari, saudari membuat tindakan melulu...gunakanlah cara yang terhormat, Insya-Allah pasti lembut hati ayah saudari. Lagipun, bukankah semua ibu bapa itu mahukan anak-anaknya berjaya? Begitu jugalah dengan ayah mahupun ibu saudari. 

Tips Untuk Kekal Dalam Percintaan
1. Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

3. Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8. Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila- bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

14. Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

23. Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

24. Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.
MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat. Adapun Sempat membina masjid namun kecundang jua akhirnya.
Bukan semua harapan sebagiamana ikhlas sekalipun boleh dipenuhi. Ada masanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana utuhnya rasa kasihsayang antara pasangan. Adakahkita tabah dengan dugaan yang diberi?

Diharapkan Petua dibawah boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta ataupun sudah berumahtangga supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.
Realiti: 1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

Permasalahan:
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

Realiti:
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

Permasaalahan:
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

Realiti:
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

Permasalahan:
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

Realiti:
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Permasalahan:
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

Realiti:
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

Permasalahan:
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

Realiti:
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Permasalahan:
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

Realiti:
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Permasaalahan:
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

Realiti:
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Permasalahan:
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

Realiti:
9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Permasaalahan:
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

Realiti:
10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Permasalahan:
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?
Untuk Yang Sudah Berumahtangga:
Untuk Yang Sedang Bercinta:
Soalan 5:
Saya mempunyai teman lelaki yang lebih matang daripada saya. Segala masalah saya luahkan padanya tapi dalam masa yang sama, saya juga meluahkan masalah kepada kawan-kawan sekerja. Pandangan kedua-dua belah pihak adalah bertentangan, pihak yang mana harus saya utamakan dulu?

JWPN: Saya memahami situasi saudari berada dalam keadaan serba salah. Pada pandangan saya   saudari perlu pandai membezakan setiap pandangan dan pendapat yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Jangan pandang dari segi usia dan pertalian. Jikalau hendak meluahkan perasaan sekalipun, saudari seharusnya berhati-hati di dalam memilih pihak yang betul-betul saudari percayai sepenuhnya. Seharusnya, apabila mereka memberi pendapat dan pandangan saudari harus pandai pertimbangkan setiap pandangan yang mereka berikan kerana tidak semua pendapat  boleh diguna pakai kerana ada kalanya pendapat-pendapat tersebut boleh memakan diri sendiri. Ini boleh berlaku jika ada sesetengah pihak ingin mengambil kesempatan dan tahu kelemahan saudari dan saudari pula tidak berhati-hati.

Maka, sepatutnya janganlah setiap masalah itu saudari ceritakan pada pihak yang tidak berkenaan. Saudari haruslah kuatkan semangat jika menghadapi sebarang masalah. Seelok-eloknya, belajarlah bagaimana hendak berhadapan dengan masalah, jadilah orang yang berani dan matang, tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Saudari kena faham, sebenarnya dalam dunia ini tiada siapa yang mempedulikan masalah kita, itu sebab janganlah saudari mengharapkan ada yang ingin membantu. Jika ada pun mungkin mengharapkan balasan. Belajarlah berdikari - janganlah saudari terlalu bergantung dengan orang lain. 
Tips Untuk DiGemari Pasangan
1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula anda terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali anda mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kita patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kita memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kita  perlu berkata padanya utk membiarkan kita membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, anda patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Anda patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat
Soalan 6:

Saya amat gembira mendapat berita bahawa bakal menimang cahaya mata yang pertama tidak lama lagi. Tetapi bila doktor mengesahkan bayi yang saya kandungkan ini tidak cukup sifat anggota badannya, saya rasa hancur lebur impian yang saya idamkan selama ini. Terfikir yang bukan-bukan dalam fikiran tapi saya cepat sedar dan mengucap panjang. Bagaimanakah saya hendak menghadapi situasi ini apabila bayi ini bakal di lahirkan?


Jawapan:
Puan patut bersyukur kerana akan dikurniakan zuriat. Zuriat adalah pemberian Allah s.w.t. yang sangat berharga kepada mahluknya. Ada diantara pasangan lain walaupun telah bertahun mendirikan rumah tangga tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Ini semua adalah ketentuan-Nya, setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Ibu mana yang tidak kecewa dengan berita yang menyedihkan sebegini. Tetapi, puan mestilah berfikiran positif. Tidak semestinya anak yang bakal kita lahirkan cukup sifatnya memberi kebahagian kepada kita dan anak yang tidak sempurna sifatnya memberi kesusahan kepada kita. Anak itu tidak diminta untuk dilahirkan sebegitu. Ada juga diantara tokoh yang terkemuka terdiri dari golongan yang kurang upaya tetapi mereka masih boleh berjaya.
Puan harus ingat, tidak semua yang diberitahu oleh doktor itu benar. Mungkin ada kesilapan dipihak doktor yang kita tidak tahu. Kita hanya merancang dan hanya Allah yang dapat menentukan. Jika ia benar terjadi puan harus kuatkan semangat. Peliharalah anak itu sebaik mungkin seperti insan yang lain. Berilah sepenuh perhatian dan kasih sayang kerana anak yang istimewa memerlukan kekuatan untuk terus hidup. Mereka berhak untuk mendapat kebahagian seperti insan lain.

Selalunya setiap apa yang berlaku berpunca dari diri kita sendiri. Mungkin tanpa puan sedari, puan pernah mengambil makanan tambahan yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti tonik atau ubatan tradisional  yang mengandungi stariod. Selain itu, penggunaan produk – produk kecantikan yang mengandungi bahan pemutih dan pengelupasan juga merbahaya kepada kita. Bahan – bahan kimia tersebut boleh menyebabkan kandungan menjadi cacat, tidak cukup sifat serta down sindrom. Jadi, saya nasihatkan supaya puan berhati – hati dalam pengambilan sebarang jenis produk penjagaan diri.
Sikap manja wanita kadang-kadang dikategorikan sebagai mengada-ngada oleh sesetengah lelaki. Ada lelaki yang menginginkan teman wanita mereka seseorang yang mampu berdikari sendiri, mampu berbuat sesuatu keputusan tanpa menunggu jawapan malah kalau boleh semuanya sendiri.

Menurut John Gray dalam bukunya Mars And Venus On A Date, lelaki memang menyukai wanita yang mampu berdikari dan mampu melakukan segalanya sendiri tetapi pada masa yang sama lelaki juga sebenarnya perlukan perhatian yang sama dari wanita. Namun harus diingat, manjanya jangan berlebihan kerana lelaki cepat bosan dengan situasi ini. Tapi awas juga, jangan terlalu berdikari kerana lelaki biasanya penuh dengan ego dan mereka akan mengambil kesempatan di atas perkara ini.
Jadilah Wanita Yang Tidak membosankan - Jangan Terlalu Manjakan Diri....
Tidak mudah membina perhubungan yang bahagia. Maklumlah seperti kata orang orang tua "Gusi dan Lidah lagikan tergigit" inikan pula suami isteri. Semuga tips dibawah ini dapat dijadikan pedoman agar tidak lagi menambah kesukaran berinteraksi dengan kaum Adam ini. Tips ini termasuk dalam soal apa yang harus dan tidak harus diciritakan pada pasangan anda ;

1.Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang pernah mencintai anda dan sebaliknya. Bukankah itu sudah lepas? Atau setengah wanita, unutk mendapat perhatian suami atau teman lelakinya suka menceritakan tentang lelaki lain yang sedang "admire" mereka! Kononnya nak bagi SiDia cemburu..Ini bukan caranya. Ingatlah cara pemikiran lelaki dan wanita jauh bezanya.

2. Jangan menunjukkan anda membenci ibunya. Ini memang pantang lelaki. Fikirkan, andan baru mengenalinya walhal ibunyalah yang terlebih dahulu menyayanginya dan membelai mereka dari sebesar tapak tangan. Jangan tamak. Berkongsi kasih dengan ibunya. Ingatlah lelaki yang tidak pedulikan ibunya satu hari akan melakukan perkara yang sama kepada anda.

4.Jangan juga ceritakan tentang keburukan kawan baik lelaki tu. Kawan tu penting bagi mereka. Perlahan lahan sedikit demi sedikit kumpul bukti dan dengan sabar huraikan fata fakta jelas mengapa anda tidak suka rakannya itu. Ingat, lelaki lebih mudah menerima apabila mereka dapat lihat dengan jelas akan seuatu perkara. Mereka tidak emosi seperti wanita.

5. Jangan membanding-bandingkan dia dahulu dan sekarang , lagi-lagi tentang kegagahannya,- buruk padahnya. Sentiasa ingat untuk menjaga perasaannya. Tegur dengan berkhemah.

6. Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan. sebaliknya cubalah bantu.

7.Minta cerai.Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. eloklah dhindarkan. Ada wanita bila merajuk suka minta diceraikan. Ini sikap buruk mahukan perhatian tak kena pada tempatnya. Bukan itu caranya untuk meminta lelaki membuktikan kasih sayangya.

8.Kalau pendapatan anda melebihinya, jangan la nak diperbesarkan, hal tersebut akan menyinggung perasaan dia bukan dia tak sedar. Lebih baik merendahkan diri tak perlu menunjuk nunjukkan kehebatan diri padanya atau mahu berlawan lawan dengannya. Bukankah itu orang yang kita cintai? Apa berlu bersaing dengannya?

9.Bila berjumpa dengan teman lelaki lama, tak perlulah terlalu ghirah dan tak perlu ceritakan perasaan itu kepadanya. Hanya sekadar mahu buat dia cemburu? Buruk benar perangai demikian. Lucah sikap sedemikian.

Ingatlah, kalua mahuh dikasihi terlebih dahulu tahulah mengasihi dan menjaga persaan orang lain.
Tips Menambat Hati Lelaki - Hindari Berbincang Perkara Berikut...
Jawapan:

Seharusnya puan bersyukur kerana mendapat suami yang bertanggung jawab dan penyayang! Kalau tidak, masakan puan cukup bertuan dan bahagia sekarang, bukan? Di alam rumahtangga, sememangnya kebahagiaan itu perlu, barulah rumah tangga aman, diberkati dan dapat melahirkan bangsa yang berguna kepada negara dan umat keseluruhannya. Dan ingat, umur pasangan bukanlah penentu kebahagiaan. Katakan umur pasangan sebaya sekalipun, atau si suami lebih tua daripada isteri ke, tidak bermakna memperoleh kebahagiaan. Sebaliknya, kebahagiaan rumahtangga itu datang dari pemuafakatan antara suami dan isteri. Si suami tahu akan tanggung jawabnya, begitulah si isteri tahu peranannya – Insya-Allah tiada sebab untuk rumah tangga itu tidak bahagia.

Perasaan malu dan rendah diri yang ada pada puan itu seharusnya dikikis. Satu persoalan, kenapa puan harus ada perasaan tersebut? Pada saya, lainlah puan seorang yang berpenampilan selekeh atau tidak menarik atau tidak kena di mana kerana penampilan itulah yang mungkin menyebabkan kelihatan 'adik dan kakak' seperti yang puan sangkakan. Puan jangan salah faham niat saya...bukanlah maksud saya hendak memerli atau mengecilkan hati puan, tapi pointnya di sini ialah penampilan kita sebagai orang puan ni sangat penting! Kalaupun umur puan 10 tahun lebih muda daripada suami pun, tapi kalau penampilan puan tidak titikberatkan, tetap boleh nampak puan pula yang lebih tua daripada suami, walhal sebenarnya umur suami yang lebih tua. Harap puan faham maksud saya ini.

Penampilan yang menarik yang saya maksudkan ialah bukan sahaja dari segi luaran seperti pemakaian kita dan solekan tetapi ialah tubuh termasuklah kulit muka yang sihat, kelihatan segar manakala dalaman ialah rohani yang sihat, sentiasa positif, bijak mengawal emosi dan tekanan. Bukan setakat sahaja penampilan luaran dan dalaman penting, malah turut penting ialah menjalankan tanggung jawab kita sebagai isteri kepada suami hendaklah dilaksanakan dengan baik. Jadilah sahabat yang baik kepada suami kita supaya suami menjadikan kita sebagai tempat meluahkan segala-galanya bukan mencari kawan di luar.

Untuk menjaga penampilan diri yang menarik, sekali-sekala pergilah bersenam bersama suami, selain itu  jaga pemakanan, dan jaga kecantikan kulit dengan memakai produk yang bukan sahaja boleh memberikan kesan yang kita mahukan malah yang lebih penting produk penjagaan diri yang selamat dan tidak meragukan. Bila ada kelapangan, datanglah ke salah satu salon ZBF, Insya-Allah di sana puan akan diberikan khidmat nasihat terbaik bagaimana untuk menjaga kulit yang sihat dari segi penggunaan produk mahupun perawatan yang sesuai.
Soalan 7:

Saya Anita berumur 31 tahun yang kini sudah berumah tangga hampir 5 tahun dan sudah di kurniakan seorang cahaya mata, saya cukup bertuah dan bahagia di samping suami tercinta yang 8 tahun lebih muda dari saya. Masalahnya saya sentiasa di bayangi perasaan malu, rendah diri apabila jalan beriringan dengan suami apabila keluar bersama kelihatan saya lebih tua seperti adik dan kakak. Bagaimanakah hendak menghakis perasaan tersebut?
Justeru, jagalah penampilan kita sentiasa, bukan setakat untuk di luar rumah, malah di dalam rumah pun perlu! Tetapi, jangan pula kerana mahu penampilan yang menarik, mahu kelihatan muda atau sekurang-kurangnya sebaya dengan suami, puan mengambil jalan mudah dengan mengambil suntikan seperti botox, suntikan Vitamin C, kolagen dan rawatan laser dan sebagainya. Jauhkanlah suntikan dan rawatan sedemikian kerana memang pada mula nampak muda, tapi sebenarnya lama-kelamaan puan akan lebih kerepot! Dan yang lebih membimbangkan boleh dapat penyakit merbahaya seperti Dermatomyositis bersama Polymyositis.
 
Klik Untuk Ke Atas
Klik Untuk Ke Atas
Klik Untuk Ke Atas
Klik Untuk Ke Atas
Klik Untuk Ke Atas
Klik Untuk Ke Atas
Klik Untuk Ke Atas
Untuk
Sebarang Pertanyaan Sila Klik DiSini
Adakah Anda Mahu Berkongsi Permasalahan Anda dan Mahukan Pendapat
Sila Tulis Di Ruangan Bawah Yang Disediakan dan , sila gunakan borang berikut untuk bertanya kepada kami. Hanya Borang yang lengkap sahaja akan dilayan. Terimakasih.