Index
Asas Utama Dalam Pembuatan
Zai's Beauty Formula ialah Yeast dari Madu Lebah. Jadi disini elok sekali saya perturunkan rahsia khasiat dan petua Madu Lebah.
Apis Melifera atau lebah merupakan satu ciptaan Allah swt dan dikenali kerana madunya. Ia terkenal keranan sebagai satu kelompok masyarakat ia amat berdisiplin dan rajin berusaha dan hasilnya, ia dapat mengeluarkan sesuatu yang mempunyai 1001 khasiat sehingga dalam Al Quran Allah swt. telah mengabadikan satu surah untuk makhluk ini iaitu surah  (Al-Nahl) atau Lebah.

Dalam surah ini, Allah swt telah berfirman :-

Firman Allah: (Q:16:68-69)

Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.



Madu Lebah
Khasiat dan Petua Pengunaan Madu Lebah
Komposisi madu iaitu:
80% gula mudah iaitu glukos dan fruktos. Ia lebih manis dari gula,18% air, 2% Galian, Vitamin, Pollen dan Protin seperti Magnesium, Potassium, Calcium, Sodium Chloride, Sulphur, Iron, Phosphate, Copper, Iodine dan Zinc. Ia kaya dengan Vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3. Hormon dan Antibiotik.

Kebakaran - sangat berguna untuk disapu apabila melecur atau luka. Ia mengandungi bahan anti inflamatory dan dapat meredakan luka dan radang. Semasa perang Iraq, madu digunakan untuk merawat lecur dan kebakaran. Madu mempunyai keupayaan membunuh kuman walaubagaimanapun digalakkan memanaskannya dahulu. Caranya: Sekeping gauze dilmur dengan madu secukupnya dan ditempelkan pada luka atau lecur. Gunakan lebihkurang 20ml madu dan tukarkan gauze 3 kali sehari. Elakkan dari gauze terkena air.

Untuk Kecantikan: Mempunyai kebolehan menarik air, ini bermakna ia berguna untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Sakit Tekak dan Serak - Jika anda sakit tekak cubalah madu lebah. Kehadiran antibiotik semulajadi dapat merawat tisu yang radang. Ambil satu camca teh madu dan satu camca teh perahan limau nipis. Ditelan terus tanpa air. Lakukan setiap 3 jam. Anda juga boleh mencampurkan secubit lada sulah untuk manfaat pelancaran darah. insyallah lega.

Sengal dan Sakit Tulang:
1 bahagian madu dicampur dengan 2 bahagian Air suam dan 1 camca teh serbuk kulit kayu manis. Dijadikan pes dan tempel pada bahagian yang sakit, cepat lega. 1 cawan air panas campur 2 camca madu dan 1 camca serbuk kayu manis  diminum sekali pagi dan malam akan membantu mereka yang mempunyai sakit sendi.

Buang lemak dan angin:
2camca teh madu dicampur 1/2 camca serbuk kayu manis diambil sebelum makan dapat membuang angin dan membantu penghadaman.

Selsema dan Batuk:
Jika anda atau keluarga terkena selsema usah mengambil ubat kerana ubatan tidka dapat merawat selsema hanya melegakan simptom tetapi anda telah menambahkab kimia dalam badan. Lebih baik anda cuba petua ini. 1 sudu makan madu dicampur 1/4 sudu teh serbuk kayu manis diambil 2 kali sehari dan untuk melegakan  batuk 1 sudu makan madu dicampur sehiri perahan limau nipis.

Nafas Berbau:
Setiap pagi, kumur 1camca teh madu yang dicampur 1/4 camcateh sermuk kayu manis dan secukup rasa air panas. Insyallah bau nafas segar sepanjang hari.
Petua Herba yang akan diberi disini merupakan sebahagian dari herba dan bahan bahan semulajadi yang digunakan dalam produk dan Rawatan Zai's Beauty Formula. Saya harap agar dapat sedikit sebanyak mendatangkan meanfaat kepada anda.
Ceri Jamaica atau Ceri Tempatan(Muntingia calabura L.):

Buah ceri ini kecil kecil dan manis kelat. Mengandung anthocyanin yang baik untuk kesihatan karena merupakan antioksidan. Bahan antioksidan amat berguna untuk melambatkan proses penuaan. Kajian sains menunjukkan bahawa anthocyanin memiliki efek yang lebih bagus dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit.

*perlu ingat apabila menggunakan Ceri, pastikan tidak boleh terkena suhu terlalu panas apabila merebusnya kerana menghilangkan anthocyanin yang dikandungnya.
Selain dari itu, jika anda mempunyai gangguan pencernaan harus berhati hati kerana ceri mengandung keasidan yang agak tinggi.

Mengikut petua orang lama, Buah - buahan terbagi kepada 2 sifat yaitu panas dan sejuk. Buah ceri termasuk buah - buahan bersifat panas termasuk buah laici, delima, kelapa, durian dan langsat.

Buah - buahan jenis ini sesuai untuk mereka yang bersifat staminanya sejuk iaitu: mereka kekurangan tenaga dan mudah letih, memiliki metabolisma rendah, kalori yang dhasilkan tubuh sedikit, sehingga kaki tangan mereka merasa dingin biarpun dihawa panas.






CEKUR (Kaempferia pulchra)

Herba ini berasal dari India dan berkemungkinan dibawa ke Malaysia oleh pedagang pedagang India.

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.

*Ubi dari pokok cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ubi dilumat dengan dengan sama banyak air, ditapis.

*Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Ubi cekur direbus dan airnya diminum 2 kali sehari. 3 ubi dengan 6 gelas air direbus sehingga menjadi 3 gelas air.

*Cekur juga boleh dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata )
*Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Ubi cekur direbus dan airnya diminum 2 kali sehari. 3 ubi dengan 6 gelas air direbus sehingga menjadi 3 gelas air.
Daunya pula dilayur atas api dan dituam pada payudara yang membengkak.

*Daun Celur dikunyah untuk batuk dan sakit kerongkong

*Akar cekur adakalanya digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema.

*Wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga.

*Air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik.

*Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu.

*Jika ada bengkak atau sakit tulang ,ambil beberpa helai daun cekur dilayur atas api dan dituam

*Cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.


Selain disebut akar cerita, ada juga yang menyebutnya sebagai pokok cerita. Ia adalah antara herba paling pahit.  Kesan pahit dari rebusan airnya akan terasa agak lama pada lidah dan selepas pahitnya hilang lidah akan terasa kebas sedikit. Ia sejenis rumpai berdaun tunggal seperti daun inai berwarna hijau tua. Puntik bunganya seperti cili api sementara bunganya berwarna putih mempunyai tumpuk ungu dihujung kelopak. Mudah membiak di kawasan yang terdedah.


Khasiatnya:

*Antara khasiatnya yang paling mujarab ialah melegakan darah tinggi dan kencing manis.
Untuk Darah Tinggi, Caranya ialah dengan merebus daun, batang, akar serta bunganya dan airnya diminum. Untuk merawat kencing manis pula rebusannya hendaklah dicampur dengan pokok misai kucing.

*Herba Hempedu Bumi juga mujarab untuk sakit perut, asma, demam
selesema dan gatal tekak, rendamlah beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap.

*Ia juga boleh merawat luka, bisa gigitan serangga termasuk tabuan dan ular. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan dilumatkan, kemudian letakkan lumatan itu pada bahagian yang terkena gigitan.
GAJUS (Anacardium occidentale)
Pucuk dan Daun Muda nya boleh dibuat ulam. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Tahukah anda Biji gajus boleh diperap dan dibuat sejenis minuman yang enak?

Khasiatnya:

*Untuk penyakit lelah. Bakar dengan api sangat kecil, beberapa biji gajus dan asapnya dapat dimanfaatkan. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

*Untuk cirit birit, pecah dalam mulut atau matakail dan kencing manis, disarankan ambil sedikit kulit batang pkok gajus direbus dan diminum.

*Minyak yang diperolehi dari kulit dalam bahagian kulit gajus(pericarp) apabila diletak pada kutil, ketuat dan disapu pada mana mana bahagian kematu seperti tapak kaki, amat mujarb untuk menyamaratakan dan menghaluskan bahagian tersebut.

*Apabila kulit terbakar atau dijangkiti penyakit kulit, daun gajus dilumatkan dan tempel pada kulit.

*Jika muntah muntah ambil cecair dari tangkai gajus dicampur sedikit air suam dan diminum.

BUNGA RAYA (Hibiscus rosa sinensis)
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
 


Khasiatnya:

* Membantu dalam penumbuhan rambut. Mengurangkan kelemumur dan meredakan uban. Minyak semulajadi dalam bunga ini amat berguna sebagai pelicin dan pencantik rambut.

* Untuk kulit pula, minyak dari bunga raya amat baik untuk masaalah selulit dan boleh menjadikan kulit berseri.

* Menghitamkan dan melebatkan bulu kening - Bakar bunga dan daunnya dan abunya disapu pada kening.

* Kilat kasut kulit - Bunganya digosok pada kulit, lihatlah perbesaanya.

* Perancang Keluarga - Ekstrak Bunga Raya merah mujarab untuk melancarkan haid dan di Jamaika dicampur dengan biji betik digunakan untuk mengugurkan kandungan.

JAMBU BATU (Psidium guajava)
Khasiat Jambu Batu:

Daunnya mengandung tanin, minyak asiri(eugenol), minyak lemak, damar, zat samak, triterpenoid. Rasanya agak manis dan kelat,

* Baik untuk cirit beret, antiradang, penghentian perdarahan (hemostatis), dan melancarkan perjalan haid.

Buahnya mengandung asid amino (triptofan, lisin), pektin, kalsium, fosfor, besi, manganese, magnesium, sulphur dan vitamin (A, B1 dan C).
Amat berkhasiat dari segi antioksidan karena kandungan beta karoten dan vitamin C yang tinggi sehingga dapat meningkatkan daya tahan tubuh.



Daun digunakan untuk;

* Cirit birit
* Perut kembung pada bayi dan kanak kanak
* Berkeupayaan menurunkan darah tinggi dan kolesterl
* Baik untuk Haid yang tidak lancar
* Buang air kecil tidak lawas
* Luka


Buah digunakan untuk pengobatan;

* Kencing manis (Diabetes mellitus)
* Kadar Kolesterol darah tinggi (hiperkolesterolemia)
* Sembelit

Ranting muda digunakan untuk;

* Wanita yang mengalami masaalah keputihan (leukorea)

Akar digunakan untuk;

* Cirit birit kronik

Cara Pengunaan

Cirit Birit:

Rebus 30g daun jambu segar dan segenggam tepung beras yang telah( digoreng kering tanpa minyak sampai kuning) dalam dua gelas air sampai mendidih (selama 15 minit). Biarkan sehingga suam kuku dan tapis. Minumlah airnya  2-3 kali  sehari.


Buang Air Kecil Tidak Lawas:

Rebus 30g daun jambu segar dan segenggam tepung beras yang telah( digoreng kering tanpa minyak sampai kuning) dalam 3 gelas air  sampai air rebusannya tinggal separuh. Biarkan sehingga suam kuku dan tapis. Minumlah airnya  2-3 kali  sehari.
Setiap kali lebihkurang 1/2 gelas.

Bayi dan Kanak Kanak kembung perut:

Tiga helai daun muda dan segar, lima biji jintan manis, dan 3 inci kulit batang pulosari yang dipotong kecil-kecil, dibersihkan. Rebus dengan 2 gelas air hingga jadi 1 gelas. Sejukkan hingga suam kuku, tapis.
Caranya, bayi umur 3 bulan 5-7 kali sehari 1 camca teh, bayi umur enam bulan 3 kali sehari (1 sudu besar), Kanak kanak umur 3 tahun 3 kali sehari (2 sudu makan) dan Kanak kanak lebih 3 tahun, 1 kali sehari (satu cawan).
* Mengikut petua diraja, untuk awet muda dan sihat, jika beberapa putik kuntum bunga raya yang belum kembang dimakan setiap pagi sebelum sarapan, insyallah mujarab.

*dipercayai bunga raya memperbaiki dan melancarkan penghadaman.

*jika mempunyai luka atau ulser kulit yang tidak hendak sembuh, cuba petua ini, ambil sedikit akar nya dan dimasak dengan minyak sehingga air dalam akar kering. Sapukanlah pada luka ulser kulit, insyallah nampak khasiatnya.
Pelbagai Khasiat Bunga Raya. Diantaranya untuk kecantikan dan kesihatan. Ada lebihkurang 5000 jenis bunga raya. Dalam perubatan tradisional, bunga raya putih yang banyak dipergunakan.

Kencing Manis (Diabetes Melitus) dan Darah tinggi:

Cuci satu biji jambu batu yang masih mengkal, potong ikut suka. Rebus dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas. Biarkan hingga suam, tapis dan minus sekali gus. Lakukan 2 kali sehari.

Keputihan

Cuci 3 bahagian ranting muda jambu batu sebesar telunjuk jari dan tujuh helai daun sirih segar sampai bersih dan potong ikut suka. Tambahkan 2 liter air bersih, rebus sampai airnya tinggal separuh. Sejukkan dan gunakan air rebusannya untuk mencuci  (Vagina)

Luka dan Luka berdarah

Cuci daun jambu yang baru dipetik secukupnya, giling daun tersebut sampai lumat. Kemudian tempelkan pada luka dan balut dengan gauze. Ganti gauze dan ramuan tersebut 3 kali sehari sampai lukanya sembuh.

Klik Untuk Ke Bahagian Atas
MISAI KUCING (Orthosiphon aristatus)
Sakit Tulang:

Satu sudu kecil daun misai kucing yang dilumatkan, 1 sudu makan daun dukung anak yang sudah dilumatkan juga, direbus dengan segelas air sampai airnya tinggal 3/4. Sejukkan dan minum.

Sakit pinggang:
7 helai daun dan 2 potong akar misai kucing dicuci. Rebus dengan 1 gelas air. Biarkan semalaman, baru diminum.

Radang ginjal:
40 helai bunga dan daun misai kucing, 3 biji belimbing buluh tua dicuci, dikisar lumat. Didih dengan api perlahan bersama 2 gelas air. Minum 3x sehari. Lakukan selama 1 minggu.

Masuk angin:
1 sudu besar daun misai kucing dan direbus dengan segelas air sampai air tinggal setengah. Diminum sekaligus.

Demam atau Panas Badan`:
100 g akar misai kucing dicuci, rebus dengan 3 gelas air. Setelah mendidih, sejukkan, dan ambil airnya. Minum air rebusan ini 1 gelas sehari.
DUKUNG ANAK (Phyllanthus niruri Linn)
Kandungan Aktifnya ialah:

Lignans, glycosides, flavonoids, alkaloids, ellagitannins, dan phenylpropanoids terdapat dalam daun, batang dan akar pokok. Terdapat juga lipids, sterols, and flavonols also occur in the plant.

The main plant chemicals in chanca piedra include alkaloids, astragalin, brevifolin, carboxylic acids, corilagin, cymene, ellagic acid, ellagitannins, gallocatechins, geraniin, hypophyllanthin, lignans, lintetralins, lupeols, methyl salicylate, niranthin, nirtetralin, niruretin, nirurin, nirurine, niruriside, norsecurinines, phyllanthin, phyllanthine, phyllanthenol, phyllochrysine, phyltetralin, repandusinic acids, quercetin, quercetol, quercitrin, rutin, saponins, triacontanal, and tricontanol.

Khasiat dan kegunaan :

Kencing Manis
Semua bahagian pokoknya dicampurkan dengan seruas tebu yang dibelah dan direbus serta dicampurkan madu. Masak dengn api perlahan. Sringkan dan terus minum

Darah Tinggi
Segenggam Daun direbus dengan 3 gelas air. Guna api kecil sehingga tinggal 2 gelas. Saringkan dan minum.

Kudis Yang Sering menjangkit Kanak Kanak
Daun dan batangnya dilumat dengan sedikit kunyit dan beras. Tempelkan pada bahagian yang perlu. 3 kali sehari.

Sembelit
Segenggam daun dicampur denan 1/2 ibujari temulawak. Rebus dengan api perlahan. Minum 3 kali sehari.

Memperbaiki Perjalanan Haid
Segenggam daun dicampur dengan 1/2 ibujari temulawak, sehiris ibukunyit dan direbus dengan 3 gelas air. Masak sehingga tinggal 1 gelas. Minum 2 kali sehari.
 
Manfaatnya
Buah ceri dapat melindungi kesihatan jantung.

Melancarkan Peredaran darah- menambahkan zat besi dalam darah dan baik untuk mereka   yang mempunyai tekanan darah rendah, dapat membantu mereka yang mengidap lelah.

Dengan kandungan anthocyanin, ceri juga berkesan untuk masaalah rumatik, atau sengal tulang.

Membantu mengurangkan sakit kerongkong dan serak.

Mengandung serat, vitamin A dan C baik untuk kesihatan kulit

Bunga dan Daunnya mengandungi bahan pembunuh kuman.
Batu ginjal:

Cara I: 25 g daun misai kucing,25 g daun dukung anak  dengan akarnya, 25 g daun remek, dicuci. Rebus dengan 4 gelas air sampai mendidih. Minum semua air rebusan itu dalam sehari.

Cara II: 3 genggam daun misai kucing, 5 helai daun remek dicuci, rebus dengan 2 gelas air. Minum airnya 2x sehari, pagi dan malam, selama 10 hari. Sesudah 10 hari, ganti dengan air rebusan jagung muda, 1 x sehari.
Hindari makan daging kambing, durian serta makanan pedas.
Tanaman ini mengandung : ortosifonin, garam kalium, saponin, tanin

Kegunaan :


Ngilu Buang Air Kecil:

Cara I: Makan sejemput daun misai kucing yang dikeringkan seperti teh,

Cara II: 1 sudu besar daun misai kucing yang dilumatkan, 7 batang dukung anak, rebus dengan dua gelas air sampai air tinggal setengah. Minum air rebusan itu sebanyak 3x sehari.
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Misai Kucing???
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Khasiat Madu Lebah
Ceri Tempatan
Cekur
Hempedu Bumi
Gajus
Bunga Raya
Jambu Batu
Misai Kucing
Dukung Anak


Zai's Beauty Formula 100% Herba Selamat Tanpa Kimia, Pengawet, Pewarna, Penyatu dan Pewangi
Zai's Beauty Formula Rahsia  Kecantikan Warisan DiRaja
Klik Untuk Ke Bahagian Atas
Sebarang Pertanyaan Sila Klik DiSini
Untuk