Silalah ke Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula di mana penjelmaan semula rahsia kecantikan warisan silam puteri DiRaja Melayu menanti anda. Zai’s Beauty Formula berasaskan amalan kecantikan turun temurun wanita DiRaja Melayu. Penuh rahsia, penuh misteri. Cantik berseri, muda jelita sepanjang hayat….lihat dan alamilah perbezaan yang mengkagumkan!
Latarbelakang Ilmu Kecantikan Warisan DiRaja
Istana dan golongan bangsawan menjadi pelopor pelbagai bidang keilmuan termasuk ilmu kecantikan kerana pada masa itu, istana merupakan pusat pentadbiran, kebudayaan dan keilmuan. Sebagai pusat tumpuan masyarakat setempat, pelbagai keramaian sentiasa diadakan di istana, Jadi, tentu sekali penting untuk wanita bangsawan sentiasa kelihatan cantik, berseri dan awet muda supaya menjadi kebanggaan suami mahupun keluarga mereka sendiri. Disinilah bermulanya amalan dan rahsia ilmu kecantikan puteri DiRaja Melayu.
Zai’s Beauty Formula
100% herba tanpa Pewarna, Pengawet, Penyatu dan Pewangi.
Dr Tunku Zaidar pencipta Sistem Kecantikan Zai’s Beauty Formula telah berjaya menggabungkan teknologi saintifik terkini dengan rahsia ilmu kecantikan warisan DiRaja Melayu.
Produk Kecantikan Zai’s Beuty Formula berasaskan ilmu penapaian warisan DiRaja.
Pembuatan secara tradisional yang sudah hampir luput ini diperbaiki lagi dengan penggunaan pelbagai jenis organisma probiotik perangsang penapaian. Ini membantu herba menghasilkan lebih banyak nutrien. Gabungan probiotik hidup dan nutrien inilah yang berupaya membaik pulih kulit dan melindungi kulit, mencerahkan dan menyerikan serta menyamaratakan warna kulit, memperbaiki kulit berpigmentasi dan berjerawat, menghaluskan, melembapkan, mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit lebih anjal dan muda.
Untuk memastikan produk ciptaan beliau benar benar berkesan, Dr Tunku Zaidar bukan hanya menjalankan penyelidikan makmal tetapi beliau turut aktif dalam bidang kecantikan di mana hasil kajiannya diguna sendiri oleh pelanggan beliau. Sehingga hari ini Dr Tunku Zaidar masih menjalankan penyelidikan untuk memastikan produk dan perawatan Zai’s Beauty Formula sentiasa terkini dalam menangani masalah kulit wanita
Fokus perawatan dan produk Zai’s Beauty Formula ialah terhadap proses “baik pulih kulit”. Mustahil untuk mencantikkan kulit dan mengekalkan keremajaan kulit tanpa proses pemulihan dahulu. Banyak faktor boleh menyebabkan kerosakan kulit, diantaranya ialah :
Bahayanya bahan ini kerana boleh menyerap melalui kulit dan masuk kedalam badan melalui salur darah. Selain dari mengakibatkan kulit radang, ekzema, kedut dan sensitif, bahan berbahaya ini boleh menyebabkan kanser, kecacatan bayi dan kerosakan pada hati, jantung dan buah pinggang. Sesuatu produk kecantikan yang berkualiti, berkesan dan benar benar dapat membaik pulih kulit seharusnya mesti bebas dari kesemua kimia berbahaya. Bagaimana mungkin sesuatu produk kecantikan mendakwa berupaya mencantikkan dan memperbaiki kulit walhal produk kecantikan tersebut mengandungi bahan berbahaya dan toksik yang menyebabkan kerosakan kulit malah membahayakan kesihatan pengguna sendiri?
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Sila Ke Ruangan Sudut Pengguna
Produk Rawatan Kulit yang digunakan Di Salon adalah produk yang dicipta khusus untuk digunakan bersama peralatan-peralatan moden seperti peralatan 'Microcurrent & Dermasonic', Electrothermal Dissipator', 'Ionizing Cool Vapor', 'Traction & Contraption' dan 'Breast & Lymphatic Drainage'. Rawatan-rawatan kecantikan muka dan badan ini hanya terdapat di salon-salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula.
Zai's Beauty Formula dijamin 100% herba tanpa kimia
Sesuatu produk kecantikan yang berkualiti, berkesan dan benar benar dapat membaik pulih kulit seharusnya mesti bebas dari kesemua kimia berbahaya. Bagaimana mungkin sesuatu produk kecantikan mendakwa berupaya mencantikkan dan memperbaiki kulit walhal produk kecantikan tersebut mengandungi bahan berbahaya dan toksik yang menyebabkan kerosakan kulit malah membahayakan kesihatan pengguna sendiri?
Tahukah anda kulit dapat menyerap bahan yang disapu? dan dibawah permukaan kulit terletak begitu banyak salur darah, urat saraf, kelenjar sebaceous dan liang peluh, akar rambut(bulu roma) ? Bukankah ini menunjukkan kulit organisma hidup dan perlukan nutrient atau makanan? Apa akan terjadi kepada kita jika kita makan makanan beracun? Bukankah racun walaupun sikit jika berterusan akan membawa padah? Begitu juga dengan kulit kita. Jika anda mengambil berat tentang rupa dan kesihatan anda 5, 10 atau 20 tahun akan datang tentunya persoalan “APA YANG ANDA BERI MAKAN KULIT ANDA”? amat penting untuk anda!

Mahukah Anda Kelihatan Begini? Penyanyi Terkenal ini pada satu masa digelar wanita paling sexy tetapi....Apa dah jadi?
Hendakkan Cepat Cantik sehingga sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira Keselamatan Produk Kecantikan Yang digunaka mahupun Keselamatan Rawatan Perubatan Estetik yang dilakukan walaupun olehDoktor Pakar Pembedahan Kosmetik dan Perubatan Estetik. Rawatan sepeti Suntikan Collagen dan Botox tidak berbaloi dilakukan. Begitu juga produk kecantikan berkimia merbahaya sepeti AHA (asid buah), pemutih Hidroquinon dsb Kesan cantik yang diperolehi sementara saja tetapi dalam jangkamasa panjang buruk padahnya!!!!
Keselamatan dan Kualiti produk
Zai’s Beauty Formula Produk kecantikan dijamin tanpa kimia beracun. Tanpa Pengawet, Pewangi, Pewarna dan Penyatu. Proses pembuatan mengikut Ilmu Penapaian cara tradisional Rahsia Warisan Diraja. Pengilangan & Penjualan Produk Zai’s Beauty Formula dilakukan sepenuhnya oleh Zaimal Sdn Bhd (Pemilik Produk Zai’s Beauty Formula & Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula). Zai’s Beauty Formula tidak mengguna khidmat Pengilang Kontrak(Contract Manufacturer) & tidak ada pengedar. Mutu &Keselamatan produk terjamin.

Proses Pembuatan Zai’s Beauty Formula
Keunikan Sistem kecantikan Zai’s Beauty Formula ialah ilmu penapaian herba, bunga, dan tumbuh tumbuhan. Rahsia inilah yang menjadikan produk kecantikan Zai’s Beauty Formula berkesan, selamat tanpa perlu bahan kimia berbahaya untuk pengawet atau menstabilkannya. Teknik ini menjadikan semua ekstrak pati herba dan tumbuh tumbuhan yang digunakan masih hidup dan 100% tulen kerana sel sel tumbuh tumbuhan tidak mati dan rosak akibat kimia yang digunakan dalam pemprosesan kosmetik. Produk Zai’s Beauty Formula juga tidak memerlukan pewangi untuk menutup bau bahan kimia yang digunakan seperti dalam produk lain.
Produk "Ageless" sedang dalam proses penapaian.
Dr Tunku Zaidar telah menghidupkan semula ilmu penapaian bahan kecantikan warisan diraja yang sudah hampir luput ini dan diperbaiki lagi dengan penggunaan pelbagai jenis organisma probiotic perangsang penapaian. Ini membantu herba menghasilkan lebih banyak nutrien. Gabungan probiotic hidup dan nutrien inilah yang berupaya membaik pulih kulit dan melindungi kulit, mencerahkan dan menyerikan serta menyamaratakan warna kulit, memperbaiki kulit berpigmentasi dan berjerawat, menghaluskan, melembapkan, mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit lebih anjal dan muda.
Proses Pembiakan:
Yeast Cells sedang diberi
"makan" iaitu "simple sugars"
Dari mana asalnya yeast dalam pembuatan produk Zai's Beauty Formula?
Asal usul yeast yang digunakan dalam produk Zai's Beauty Formula ialah dari
Madu Lebah
Proses Penapaian Kedua
Herba yang digunakan dalam produk
Zai's Beauty Formula dimasukkan dan penapaian diteruskan
Setelah 6 hingga 15 bulan barulah terhasilnya Produk Zai's Beauty Formula
KENAL SIAPA INI?
Jenis Yeast Dari Madu Lebah ialah Saccharomyces bisporus var. mellis
Madu Lebah dijadikan hablur dan mengeras
Pelbagai Jenis Yeast dicampurkan
bersama yeast dari madu lebah
Cecair dengan Yeast yang dikumpul dari Madu Lebah yang telah mengeras. Madu Lebah mengambil masa lebih 3 bulan untuk ditapai
Proses Penapaian Kali Ketiga
Produk Zai's Beauty Formula dijamin - 100% herba tanpa kimia beracun. Selamat dan Berkesan!
Proses Penapaian Pertama
|
Jenis Tumbuhan |
BADAM (Prunus dulcis)
BAKAWALI (Epiphyllum anguliger)
BETIK (Carica Papaya)
BUNGA RAYA (Hibiscus rosa sinensis)
CEKUR (Kaempferia pulchra)
CERI TERENGGANU (Lepisanthes fruticosa)
DUKUNG ANAK (Phyllanthus niruri Linn)
DURIAN ( Durio zibethinus L. )
GAJUS (Anacardium occidentale)
HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata )
JAMBU AIR (Syzygium aqueum)
JAMBU BATU (Psidium guajava)
LIDAH BUAYA (Aloe vera L.)
KACANG BOTOR (Melastroma Ma Labathricum)
KENANGA (cananga oderata)
LIMAU KASTURI (Citrus madurensis)
LIMAU NIPIS (Citrus aurantifolia)
LIMAU PURUT (Citrus hystrix)
MANGGA (Mangifera indica)
MELUR (Asminum sambac)
MISAI KUCING (Orthosiphon aristatus)
PANDAN (Pandanus odoratissimus L)
PISANG (Musa paradisiaca)
RAMBUTAN (Nephelium lappaceum)
SEMAMBU (Azadirachta Indica)
SIREH (Piper betle L)
TAPAK SULAIMAN (Elephantopus scabera)
TEH PUTIH (Camellia Sinensis)-daun muda
TERUNG PIPIT (Solanum torvum)
|





Usia, Cuaca, Pencemaran
dan
Produk kecantikan yang mengandungi kimia berbahaya seperti:
Pewangi, Pewarna, Penyatu, Pengawet
dan
Kimia berbahaya spt DMDM Hydantoin, Imidazolidinyl urea, Allantoin, Diazolidinyl
Urea, Paraben termasuk methylparaben, ethylparaben, propylparaben,
isobutylparaben, butylparaben benzylparaben, Propylene Glycol/ Propanediol.
Butylene Glycol, Mineral Oil, Petroleum Jelly, Paraffin, Propylene Glycol, PEG(
Polyethylene glycol)
dan lain lain.
Adakah Produk Kecantikan Anda Mengandungi Bahan Kimia Beracun Diatas?
Baca Label Produk.