*Melangsing &Bentuk Semula Badan
*Mengempiskan Perut
*Mencerah Seluruh Kulit Badan
*Bekam Buang Toksin
*Perawatan "Stretchmark" Rekah Kulit
*Perawatan Selilit
*Membaikpulih Sistem Peranakan
*Mencerahkan Celahan
Rawatan Perlangsingan Zai's Beauty Formula
i) Kaedah gyrator pemecah lemak
ii) Kaedah bekam membuang angin, toksin dan melancarkan peredaran
darah
iii) Kaedah mesin NMES
iv) Mandian Wap Herba
Kemujaraban rawatan-rawatan di atas adalah hasil penggunaan produk salon Zai's Beauty Formula tersendiri seperti FAS, Royal Beauty Oil dan PS Slimming Serum.
Rawatan Payudara 'ZBF Bustline'
Latarbelakang Teknologi ZBF Bustline:
Sistem ZBF Bustline berasaskan dua kaedah saintifik yang telah dibukti kebenarannya. Pertama, ialah keupayaan semua jenis tisu badan untuk menjanakan tisu-tisu baru akan berganda apabila stimulasi jenis kontraksi yang teratur dilakukan. Kedua, ialah cara tarikan lemak dan air ke dalam sel-sel payudara untuk pembesaran dan penegangan.
Menggunakan kedua-dua kaedah saintifik ini, teknik ZBF Bustline yang dicipta oleh Dr. Tunku Zaidar dapat memberi rawatan payudara yang berkesan.
i) Membesarkan payudara.
ii) Memcantikkan dengan menegangkan payudara.
iii) Memberikan bentuk yang menawan.
iv) Payudara yang kecut dan kendur dapat dicantikkan.
Rawatan Bekam Moden
Apakah perbezaan berbekam cara lama dengan cara moden ?
Berbekam cara moden menggunakan sistem rawatan Zais Beauty Formula banyak perbezaannya, iaitu:
Tiada pendarahan
Tiada meninggalkan kesan lebam pada kulit.
Menggunakan kaedah berasaskan alat rawatan saintifik yang terkini.
Dapat menggabungkan sistem pencerahan kulit dan juga sistem
mencantikkan tubuh badan.
Apakah bekam moden?
Ianya merupakan terapi termaju di mana menggunakan teknologi terkini supaya darah kotor tidak keluar terus dari kulit tetapi dialihkan ke arah kelenjar-kelenjar tertentu dan terus keluar dari badan mengikut sistem limpatik (sistem dalam badan yang berfungsi untuk pembuangan bahan toksin dan kotoran).
Apakah kesan bekam moden?
Melancarkan peredaran darah.
Mempercepatkan pembuangan toksin dan kotoran dengan meningkatkan
lagi peredaran lymphatic.
Dengan losyen khas, bekam moden dapat mencantikkan kulit badan dan
mencerahkannya.
Kombinasi teknik rawatan untuk memecah lemak dan mencantikkan
bentuk badan.
Mengurangkan selulit.
Membuang angin.
Menolong penurunan berat badan.
Mempercepatkan metabolisme badan.
Mengimbangkan kesan horman supaya mencantikkan kulit, mengurangkan
kesan putus haid.
Mengencangkan urat-urat, membaikpulih kesegaran badan.
Bekam Moden Untuk Siapa?
Wanita selepas bern.
Mereka yang hendak mempercepatkan penurunan berat badan.
Wanita yang ingin mencantikkan bahagian tertentu badan seperti
punggung, peha, lengan, perut dan sebagainya.
Untuk mereka yang hendak menghilangkan tekanan (stress).
Mereka yang menghadapi masalah cepat letih, sengal-sengal badan, dan
sakit-sakit sendi.
Mereka yang hendak mencantikkan dan mencerahkan kulit.
Rawatan Mencerah, Menghalus Dan Membuang Toksin
Satu rawatan sahaja anda sudah dapat melihat kesannya. Memutihkan dan
mencerahkan kulit badan.
Kulit menjadi halus, licin dan warna yang serata.
Membuang dan mengurangkan lemak badan.
Mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan parut / gigitan serangga.
Membuang kotoran, sel-sel mati dan kulit kasar.
Menghilangkan ruam dan radang kulit.
Membuang toksin dan melancarkan peredaran darah.
Terapi Oksigen, Susu Dan Herba ZBF
Faedah Mandian Terapi Oksigen, Susu & Herba (ZBF) :
i) Susu memutihkan kulit, membuang sel-sel mati, membersihkan kulit,
menghalus dan melicinkan kulit.
ii) Herba Formulasi khas seperti pepanggil, kemoyang dan aloe vera pula
dapat merawat kulit badan seperti kulit kering, bersisek, kulit badan
berjerawat, kulit berpanau, tompok-tompok hitam, alahan kulit, badan
berbau, kulit gatal-gatal dan juga pembuang angin.
iii) Kulit kelihatan awet muda kerana oksigen merupakan bahan penting
untuk merangsang regenerasi sel. Ini menjadikan kulit tegang dan lambat
berkedut. Oksigen juga dapat memutihkan kulit.
Rawatan 'Stretchmarks' (Rekahan Kulit) Dan Selulit
'Stretchmarks' atau rekahan kulit terjadi akibat kehamilan ataupun apabila naik berat badan. Wanita yang telah melahirkan anak selalu menghadapi masalah ini, yang menyebabkab kulit kelihatan berkedut-kedut. Selulit pula adalah ketulan lelemak yang menyebabkan badan kelihatan agak buruk.
Keadaan ini selalunya kelihatan pada perut, punggung, peha, lengan atau betis. Dengan rawatan Zai's Beauty Formula, keadaan ini dapat dipulihkan.
Rawatan Mencerahkan 'Kehitaman' Pada Celahan
Kehitaman selalu berlaku pada celahan seperti bahagian celahan peha, ketiak, pelipat, buku lali, siku dan lutut. Bahagian-bahagian ini merupakan bahagian kulit yang agak nipis. Kehitaman ini bukannya kerana daki tetapi adalah melalui proses pigmentasi akibat:
i) kecederaan kulit kerana geseran atau menyental bahagian tersebut
dengan kuat serta kasar
ii) Ketidakseimbangan hormon akibat mengandung atau memakan pil
perancang
Zai's Beauty Formula mempunyai kaedah untuk mencerahkan bahagian celahan dengan rawatan khas yang menggunakan ramuan tradisional serta teknik moden.
Urutan Tradisional Di Raja -Memangkas Punca Pasak
Rawatan Urut 'Memangkas Punca Pasak' Zai's Beauty Formula merupakan sejenis rawatan tradisional yang merangkumi 3 kaedah iaitu:
i) Kaedah penyejuk: untuk mengurangkan sakit bahagian sendi atau otot
dengan melegakan tekanan pada hujung saraf yang sensitif. Sejuk dapat
meredakan badan dari mengeluarkan 'histamine' (bahan yang
menyebabkan peradangan).
ii) Kaedah stimulasi 'punca pasak': merangsang titik pemangkin tubuh.
Apabila bahagian ini diransang, ianya akan mengeluarkan bahan
semulajadi dalam badan seperti endophins dan enkephalin yang dapat
melegakan kesakitan, sengal dan bisa badan serta memberi perasaan
relaks.
iii) Kaedah pemanasan supaya mempercepatkan perjalanan darah,
merangsang pembuangan toksin serta merelaks otot.
Rawatan 'urut memangkas' dapat:
i) Merawat serta melegakan sakit serta sengal sendi, tulang dan otot.
ii) Merawat sakit bahagian pinggang, belikat, bahu, lutut dan lain-lain
bahagian.
Rawatan Kecantikan Wap Herba Mandian Tradisional Istana
Menyegarkan dan membaikpulih tenaga
Mengencangkan otot-otot rahim
Mengecutkan rahim
Merapatkan saluran peranakan
Melancarkan perjalanan darah
Membuang angin
Menguatkan salur saraf
Mengurangkan sakit-sakit tulang dan sendi
Menghaluskan kulit
Melegakan radang kulit, gatal-gatal dan jangkitan kulit
Merampingkan perut
Mandian Wap Pati Bunga
Mengurangkan bau badan
Mengenakkan bau badan dan peluh
Menyegarkan dan mengencangkan tekstur kulit
Melambatkan proses penuaan kulit
Menegangkan kulit kendur
Mencantikkan dan menyerikan warna kulit
Kulit badan kelihatan lebih gebu dan pejal.
Membaikpulih Sistem Peranakan
* Membaikpulih sistem peranakan yang kendur, sejuk dan lemah.
* Mengetatkan otot-otot faraj
* Menaikkan rahim
* Mengetatkan otot perut dan mengecilkannya
* Membuang lebihan air dan toksin daripada badan
* Darah kotor dan lendir dari rahim dapat dibersihkan
* Merangsang peredaran darah
* Sesuai untuk semua wanita yang telah melahirkan anak, maupun
yang baru bersalin atau yang sudah lama bersalin.

Rawatan Badan