>
Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula
Zaimal Sdn Bhd (295526-W)
Rawatan Zai's Beauty Formula
*Perawatan Parut Berlubang
*Parut Bertanda

*Perawatan Jeragat
*Perawatan Resdung/Sinus
*Perawatan Jerawat
*Mencerah Kulit
*Perawatan Bintik Hitam/Merah/Milia
*Perawatan Kedut
*Perbaiki Bentuk Wajah Yang Gelebeh
*Perawatan Hidung
*Perawatan Mata:
  Hitam Sekeliling Mata,
  Eyebag"Geleber Bawah Mata", Kedut
*Perawatan Dagu Berlapis
Rawatan Muka
 
 
 
Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula dengan Pelbagai Rawatan Kecantikan dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki....

Perkhidmatan perawatan kulit muka, perawatan badan serta perawatan khas dan penjualan produk produk Zai’s Beauty Formula adalah hanya melalui salon salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula yang bertaraf tinggi. Terapis-terapis kami adalah terlatih dan bersedia memberi khidmat nasihat serta mutu perkhidmatan yang cemerlang dalam suasana salon yang amat selesa. Semua salon salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula juga dimiliki oleh Zaimal Sdn. Bhd.
Zai's Beauty Formula Membaikpulih Serta Mencantikkan Kulit.....

Zai's Beauty Formula membaikpulih kulit sebelum mencantikkannya. Jika anda pernah menggunakan produk yang mengandungi  bahan pengelupasan AHA(‘alpha hydroxy acid’) iaitu ekstrak buah seperti limau, epal, kiwi dsb (jenis asid citrik), ekstrak tebu (asid glikolik) atau bahan pengelupasan enzim spt. ekstrak betik (papain) dan ekstrak nenas (bromelain), atau bahan kimia berbahaya yang lain, kulit anda telah menjadi nipis, radang dan rosak. Produk produk Zai's Beauty Formula akan  memperbaiki kulit anda kembali seperti dahulu menjadi 5 lapisan kulit yang sihat, dan seterusnya mencantikkan kulit.  Proses membaikpulih seperti. membuang toksin perlu dilakukan dahulu. Dengan perawatan serta produk Zai’s Beauty Formula, kulit anda akan beransur  pulih. Anda akan mula melihat perubahan dalam masa antara 2 hingga 12 minggu.
Berapa cepat  untuk lihat perubahan?

Kesan bergantung pada tahap kerosakan kulit anda. Jika anda tidak menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan pengelulasan, bahan pemutih kulit, dalam masa 3 hari anda sudah dapat melihat perubahan yang menakjubkan!!
Jika anda pernah menggunakan bahan pengelupasan, produk yang mengandung  bahan pemutih merbahaya seperti ‘hydroquinone’, ‘mercury’, ‘Clorox’ (‘hypochlorite’) atau ‘sodium hydroxide’(‘caustic soda’), sudah tentu kerosakan pada kulit anda agak teruk. Proses membaikpulih seperti. membuang toksin perlu dilakukan dahulu. Dengan perawatan serta produk Zai’s Beauty Formula, kulit anda akan beransur  pulih dan anda akan mula melihat perubahan dalam masa antara 2 minggu hingga 3 bulan
Semua rawatan adalah tanpa pengelupasan dan tidak menggunakan bahan asid serta bahan yang mengandungi pemutih berbahaya seperti hydroquinone serta 'bleaching agent'. Semua produk salon yang digunakan untuk rawatan mempunyai kandungan formula yang selamat.

Rawatan White Magic
Pencerah kulit dan menghilangkan pigmentasi serta parut. Mencerahkan serta menghilangkan pigmentasi,
bintik-bintik hitam serta kesan-kesan jerawat.

Rawatan CG (Clear & Glow)
Membuang toksin dan membaikpulih dan membaikpulih kulit yang rosak akibat penggunaan produk AHA,
berasid (ekstrak buah, enzim) dan pemutih berbahaya seperti (mercury, hydroquinone, arsenic dan lead). Juga untuk
rawatan kulit berjerawat.

Rawatan Muka 'Dazzling Pearl'
Menjadikan kulit bercahaya, putih serta halus dan melicinkan kulit yang berparut. Meratakan warna kulit yang tidak
serata dan kusam

Rawatan DESS
Mengecilkan muka yang lebar dan membentuk balik pipi yang kendur




Rawatan Seri Kecantikan Wajah Metafizik: Ilmu Falak Tradisi Di Raja Melayu

Keberkesanan yang akan diperolehi setelah menjalani Rawatan Seri Wajah ialah wajah akan kelihatan berseri-seri,
cantik serta segar terutama khas untuk yang bakal menjadi Raja Sehari. Rawatan istimewa ini juga menggunakan
pati bunga-bungaan bertujuan memberi kesegaran kulit wajah serta menambah seri wajah. Ianya juga akan dapat
membaikpulih serta menyegarkan otot-otot muka agar menjelang hari perkahwinan, wajah akan kelihatan tegang
serta segar seperti kuntuman bunga yang baru kembang.

Kaedah Akupuntur dan Kotrapsi
Untuk menegangkan kulit muka tanpa pembedahan, mencantikkan raut wajah, mengurangkan dagu yang berlapis,
serta menegangkan kulit leher yang kendur. Sangat berkesan dan hanya dengan rawatan pertama sudah dapat melihat
perbezaannya.

Rawatan Mata 'ZBF Anti Aging Recontouring'
Rawatan 'sophisticated' yang sangat berkesan untuk mencantikkan mata. Menggunakan alat rawatan terkini dengan gel rawatan yang dirumus khas. Sistem rawatan mata ciptaan Dr Tunku Zaidar ini dapat;
i) merawat 'eye bag' atau bengkak bawah mata
ii) merawat 'dark eye circle' atau kesan hitam bawah mata
iii) merawat kedut, garis-garis halus dan kendur.
Menegangkan otot mata supaya mata tidak kelihatan penat, layu serta tidak bermaya. Keadaan sedemikian akan membuat wajah kelihatan tua serta tidak berseri. Mata yang cantik sangat penting untuk seseorang wanita kelihatan
lebih muda, bertenaga dan berkeyakinan


Rawatan Bibir 'ZBF Perfect Lips'

Telah berzaman bibir merupakan simbol keghairahan. Cleopatra dan wanita-wanita cantik terkenal dengan bibir yang mengghairahkan bak delima merkah. Kebanyakan wanita ingin memiliki bibir lembut, lembab, kemerah-merahan dan menawan.
Walau bagaimanapun, disebabkan matahari, angin, merokok, dan bahan kimia, akan menyebabkan kerosakan pada bibir dari segi warna dan kulit bibir. Umur juga memainkan peranan di mana semakin meningkatnya umur, semakin kering serta mengecut bibir.

Dengan itu, Dr. Tunku Zaidar telah mencipta kaedah rawatan bibir di Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula, di mana; dengan satu rawatan sahaja, sudah dapat memperbaiki keadaan bibir.
i) Bibir menjadi lebih lembut, kulit kering dapat dikurangkan.
ii)Warna bibir menjadi lebih kemerah-merahan kerana ianya dapat merawat kehitaman pada bibir.
iii) Bibir yang kecut dapat ditegangkan agar kelihatan lebih muda.


Untuk rawatan bibir di rumah pula, Zai’s Beauty Formula memperkenalkan produk terbaik; Purr…fect Lips! Treatment. Satu formula unik yang dapat:
i) Memperbaiki masalah kulit bibir kering dan mengelupas.
ii Menghilangkan kedutan keliling bibir.
iii) Memberi warna bibir kepada warna asalnya yang merah-kemerahan.
iv) Menghilangkan kehitaman pada bibir.
Gunakan sebelum tidur dan sebelum menggunakan gincu bibir.
Rawatan Bibir Asas
Rawatan Bibir Reshaping
Di gunakan bersama Purr…fect Lips



Rawatan Kecantikan Untuk Leher
i) Membuang lemak berlebihan pada leher
ii) Merawat dagu berlapis
iii) Merawat leher berlipat
iv) Merawat kedutan pada leher
v) Menghaluskan, melicinkan serta memutihkan leher
vi) Leher boleh kelihatan lebih tegang



Rawatan Mencantikkan Hidung 'ZBF Nose Contour'

Semakin umur meningkat bukan kulit muka sahaja bertambah kendur, malah hidung juga berubah bentuk menjadi lebih lebar dan hujung hidung kendur serta menurun ke bawah. Berubahnya berat badan juga boleh mengubah bentuk hidung. Apabila muka bertambah berisi (bila badan gemuk), hidung akan menjadi lebih lebar. Apabila berat badan menurun pulak, bentuk hidung akan kelihatan lebih tua di mana ianya kendur dan menurun.

Dengan rawatan 'ZBF Nose Contouring':

i) dapat mengembalikan keadaan bentuk hidung kepada bentuk lebih menawan, comel serta rapi
ii) hidung yang lebar boleh diperkemaskan rupanya agar kelihatan lebih muda.


Rawatan Kulit Akibat Resdung

Penerangan Mengenai Penggunaan Kosmetik Berbahaya Dengan Penyakit Resdung
Sinus adalah rongga-rongga yang terdapat di dalam tulang tengkorak dan bersambung dengan rongga hidung.
Resdung ialah keadaan di mana terjadi inflamasi (radang) pada sinus.


Terdapat beberapa sebab yang boleh mengakibatkan resdung, antaranya ialah penggunaan AHA dan Bahan Pemutih merbahaya dalam produk kecantikan. Bagaimana ini boleh berlaku?

AHA (alpha hydroxy acid) adalah termasuk ekstrak buah-buahan (citric acid) dan ekstrak tebu (glycolic acid) sementara bahan pemutih merbahaya adalah seperti hydroquinon, raksa, arsenik dan plumbum. Pengguna mesti berhati-hati dalam penggunaan bahan AHA dan bahan pemutih kerana bahan-bahan tersebut akan meresap masuk ke lapisan kulit dan boleh menghakis serta mereputkan septum (tulang rawan yang membahagikan lubang hidung kiri dan kanan). Tindakbalas ini menyebabkan inflamasi dan tersumbatnya rongga-rongga sinus. Maka akan berlaku penyakit resdung (sinusitis). Jika dibiarkan tanpa rawatan keadaan ini boleh menyebabkan:-

a) Inflamasi dan nanah di bahagian sekeliling mata.(‘Orbital cellulitis’ dan ‘abscess’)
b) Meningitis (inflamasi selaput otak)
c) Pernanahan bahagian otak
d) Inflamasi bahagian tulang tengkorak kepala (osteomyelitis)

Tanda-tanda Resdung (Sinusitis)

1) Peringkat permulaan hingus yang keluar cair dan banyak. Kemudian jadi pekat, kekuningan dan berbau busuk.
2) Sakit kepala yang bermula dari bahagian belakang mata atau tengah kepala, belakang tengkuk dan belakang  telinga.
3) Sakit bahagian gigi atas atau rahang atas.

Di Zai’s Beauty Formula, rawatan kulit akibat resdung tertumpu pada 3 bahagian, iaitu:-

1) Rawatan Asas Pada Rongga Hidung.
Gel sinus disapu rata di dalam lubang hidung untuk membersih dan merawat kerosakkan pada rongga
hidung. Gel sinus ZBF mengandungi Ekstrak Akar Tangki, Daun Cekur Manis dan Keremak.

2) Rawatan Kulit Muka
DMS Gel (mengandungi ekstrak teratai) disapu rata. Menggunakan cara ‘elektro-ionization’, bahan aktif DMS dapat merawat kerosakkan akibat resdung seperti jerawat, exema, kulit kering dan gatal-gatal merah berbintik-bintik.

3) Rawatan Tapak Kaki.
“Zai’s herbal healing paste” disapu pada bahagian kaki. Rawatan refleksologi dijalankan. Kaedah ini dapat membuang toksin serta melancarkan peredaran darah dan merawat simptom resdung.



Sila KeBahagian Atas Mukasurat
 
Untuk
Membaikpulih Kulit
Berapa Cepat Lihat Perubahan
Rawatan Muka
function disableSelection(target){ if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route target.onselectstart=function(){return false} else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route target.style.MozUserSelect="none" else //All other route (ie: Opera) target.onmousedown=function(){return false} target.style.cursor = "default" } //Sample usages //disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body //disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"