Berikut adalah senarai Produk Penjagaan Kulit Penggunaan Di Rumah yang merangkumi pembersih muka, pelembab, maskar, pelindung UV, badan, pigmentasi, mata, anti penuaan dan penegang muka, pelengkap kecantikan kulit, jerawat dan sebagainya.:-
Produk-produk Zai’s Beauty Formula dicipta hasil gabungan kaedah saintifik moden dengan rahsia ilmu kecantikan kulit warisan Di Raja Melayu. Produk-produk ini terjamin keselamatannya, tanpa pengelupasan, tanpa 'hydroquinone', tanpa asid, tanpa 'steroid' ataupun sebarang bahan kimia yang berbahaya. Keselamatan dan kualiti produk dikawal oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Produk-produk Zai's Beauty Formula telah di daftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Produk-produk Zai's Beauty Formula menggunakan konsentrasi bahan semulajadi yang tinggi. Pihak kami tidak mengguna bahan kimia pengawet untuk proses pengawetan, bahan penyatu (binding agent), pewarna tiruan, pewangi, bahan memekatkan produk (thickening agent) dan sebagainya. Penggunaan bahan-bahan yang disebut tadi akan menambahkan bahan kimia berbahaya dalam sesuatu produk kecantikan. Malahan produk Zai's Beauty Formula menggunakan bahan-bahan semulajadi yang segar (fresh) supaya mutu ekstrak bahan-bahan tersebut tinggi keberkesanannya. Ini dapat kami lakukan kerana kadar pengeluaran produk-produk Zai's Beauty Formula adalah mengikut keperluan salon-salon kami sahaja. Tidak seperti produk-produk kecantikan yang lain, pengeluaran produk Zai's Beauty Formula adalah terhad dan tidak secara besar-besaran (bulk) atau disimpan untuk tempoh masa yang lama.
Untuk menjamin mutu, keberkesanan serta keselamatan, produk-produk Zai's Beauty Formula di kilang sendiri oleh Zaimal Sdn Bhd. Zaimal Sdn Bhd bertanggungjawab sepenuhnya dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknik rawatan dan produk Zai's Beauty Formula, pemprosesan atau pembuatan (manufacturing) produk-produk, pembungkusan sehingga ke peringkat pemasarannya.
|
Nama Produk |
No Pendaftaran |
Pearl Cleanser
Whey Cleanser
White M
Beauty Serum
Flawless
Rsus
Ageless
LU.ST
BioWhite Powder
Perfecting Powder
Silk White Body Wash
Satin White Body Lotion
BabyDoll Shampoo Booster
Seduce Hair Nutrient
Hair Combi Set
HairGone Set |
(MAL05020019K)
(MAL05020020K)
(MAL05020024K)
(MAL05010022K)
(MAL05020021K)
(MAL05020025K)
(MAL05020632K)
(MAL05020626K)
(MAL05020022K)
(MAL05020023K)
(MAL05020027K)
(MAL05020026K)
(MAL05020630K)
(MAL05020628K)
(MAL05020631K)
(MAL05020627K) |
Zai's Beauty Formula Membaikpulih Serta Mencantikkan Kulit.....
Produk produk Zai’s Beauty Formula tidak ada bahan pengelupasan atau bahan pemutih. Zai's Beauty Formula merupakan sistem pembaikpulih kesihatan kulit. Kulit anda akan secerah warna kulit payudara anda. Bukankah itu sudah cukup putih? Kulit muka anda akan cerah kerana ekstrak herba Zai's Beauty Formula akan menghilangkan kesan kerosakan akibat matahari, haba dan kimia merbahaya perosak kulit.
Zai's Beauty Formula 100% Herba Tanpa Bahan Kimia
Produk produk Zai's Beauty Formula Tiada bahan bahan Pengawet, Pewarna, Penyatu atau Pemekat. Pembuatan produk produk Zai's Beauty Formula adalah dengan teknik proses penapaian.
Cubalah Sendiri Produk Zai’s Beauty Formula
Anda Pasti Akan Berpuas Hati





Di Malaysia, syarikat Zaimal Sdn Bhd tidak melantik sesiapa untuk pemasaran teknik rawatan dan produk kecantikan Zai's Beauty Formula. Tidak ada stokis maupun dealer. Demi menjaga kualiti produk, teknik rawatan serta mutu perkhidmatan
yang tinggi untuk kepentingan pelanggan Zai's Beauty Formula, hanya Salon-Salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula sahaja yang memberikan rawatan serta menjual produk-produk Zai's Beauty Formula. Puan pasti akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dalam suasana salon yang amat selesa apabila puan berkunjung ke salon-salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula. Kesemua salon-salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula dimiliki oleh Zaimal Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, beberapa wakil penjual telah dilantik di negara Brunei Darussalam. Jika puan tidak kesempatan untuk mengunjungi salon Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula, puan juga boleh memesan terus produk-produk dari Zaimal Sdn Bhd. Produk-produk berserta arahan penggunaan yang lengkap akan dihantar kepada puan melalui khidmat pos..


Berbeza dari syarikat-syarikat kosmetik yang lain, Zaimal Sdn Bhd tidak menggunakan khidmat pengilang kontrak (iaitu kilang yang yang membuat produk kecantikan untuk pelbagai syarikat kosmetik yang berlainan). Kami mempunyai makmal sendiri di mana kemudahan tersebut hanya mengeluarkan produk-produk Zai's Beauty Formula sahaja.